Bengkel See It Feel It Do It (SiFiDi) ini diadakan bertujuan untuk merealisasikan agenda universiti iaitu memasyarakatkan universiti khususnya Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan bersama komuniti, amnya melalui program-program yang berkaitan ICT. Di samping itu, program ini juga berfungsi sebgai salah satu platform untuk melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan mendapat pendedahan awal tentang perkembangan teknologi terkini. 

 

     

        

 

Melalui penyertaan ini, para pelajar bakal memperoleh pelbagai manfaat dan faedah, terutamanya dalam hal-hal berkaitan teknologi dan ICT. Para pelajar akan diberikan pendedahan awal serta asas-asas mengenai bidang ICT dan teknologi yang semakin berkembang pesat di era ini. Diharapkan dengan menyertai program ini, minat dalam menceburi bidang teknologi sebagai salah satu karier pada masa hadapan dapat dipupuk dalam diri para pelajar.

 

' Belia Hari Ini, Wajah Negara Masa Hadapan '