Bengkel See It Feel It Do It (SiFiDi) ini diadakan bagi tujuan untuk merealisasikan agenda untuk memasyarakatkan universiti khususnya Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan dengan masyarakat persekitaran amnya melalui program-program berkaitan ICT di samping melahirkan generasi muda yang berpengetahuan dan mendapat pendedahan perkembangan ICT terkini. 

 

                        

   

 

Penyertaan pelajar-pelajar dalam bengkel ini banyak manfaatnya, mereka akan didedahkan kepada pengetahuan asas bidang ICT dan teknologi IT terkini. Diharap dengan menyertai program ini, ianya dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk menceburi bidang ini pada masa hadapan.